PROFIL KAMPUNG

SEJARAH KAMPUNG

 

Sejarah Kampung Hj Ismail  bermula pada tahun 1886 iaitu kedatangan seorang pemungut cukai dari Brunei iaitu Tuan Pengiran Hj. Ismail. Beliau yang berasal dari Brunei diarahkan untuk ke Sarawak untuk mengutip hasil cukai dibawah pemerintahan sultan Brunei dan telah datang ke Kuala Tatau. Setelah lama berada di Kuala Tatau, beliau terus menetap disini dan telah berjaya menarik peneroka-peneroka dari Bintulu, Mukah, Igan dan kawasan-kawasan berhampiran untuk bersama-sama bermukim di Kuala Tatau. Pada awal penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam tahun 1996 penduduk kampung telah bersetuju menukar nama kampung yang pada mulanya Kampung Hulu kepada Kampung Haji Ismail.

 

Selepas kemangkatan beliau, darah kepimpinan beliau membawa kemakmuran di situ dan terus mengalir kepada anak beliau, Hj. Ikram bin Ismail pula dilantik sebagai Ketua Kampung Kuala Tatau semasa pemerintahan British sehingga era Kemerdekaan Sarawak ke dalam Malaysia 1963. Seterusnya, Cicitnya Haji Mudin Bin Swel pula dipilih menjadi ketua kampung yang pertama bagi Kampung Haji Ismail. Sementara itu seorang lagi cicitnya,YB Tuan Haji Datuk Talib Bin Zulpilip, Menteri di jabatan ketua menteri(Integriti Dan Ombudsman) merangkap N67 Jepak.

 

Setelah Pemergian Allahyarham Haji Mudin Bin Swel pada tahu 2012, jawatan Ketua Kampung turun ke anaknya iaitu Pn Haliza Haji Mudin sehingga tahun 2023. Kemudian Selepas Pn Haliza Haji Mudin bergelar Penghulu bagi Daerah Tatau, jawatan Ketua Kampung berpindah kepada Tn Haji Jus@Musa Bin Saruji.

 

Dewan Undangan Negeri : N67 Jepak

YB TUAN ISKANDAR TURKEE

Ahli Parlimen : P217 Bintulu

YB DATO SERI TIONG KING SING

PENTADBIRAN KETUA KAUM

1. Haji Ikram Bin Haji Ismail

2. Haji Mudin Bin Swel

3. Haliza Haji Mudin

4. Haji Jus@Musa Bin Saruji

MAKSUD LOGO


Bulatan Biru


Air Laut

Sebuah perkampungan nelayan


Burung Walit Dan Kelulut

Merupakan pendapatan sampingan dan penduduk kampung haji ismail tidak bergantung kepada sumber pendapatan utama serta membuka luas minda setiap penduduk dengan ada nya pendapatan sampingan ini kampung haji ismail kuala tatau mampu menjana pendapatan yang tinggi sesuai dengan matlamat kampung.


Madu Kelulut

Melambangkan penduduk kampung mempunyai budi pekerti yang tinggi dan manis budi bahasa

MAKLUMAT AM

NAMA KAMPUNG

KAMPUNG HAJI ISMAIL KUALA TATAU

NEGERI

SARAWAK

DAERAH

TATAU

JKKK

KAMPUNG HAJI ISMAIL

PENGHULU

Puan Haliza Haji Mudin

INFO PENDUDUK

Bilangan Rumah

  • 54 Rumah

Bilangan Penduduk

  • 235

Bilangan Keluarga

  • 30

Jentina 

  • Lelaki {54}
  • Perempuan {63}

Kaum

  • Melanau

 

 

 

 

OBJEKTIF PEMBANGUNAN KAMPUNG

  1. Mempunyai ekonomi yang mantap dan mampu keluar dari garis kemiskinan serta mampu menyumbang kepada pembangunan kampung.
  2. Mewujudkan generasi yang berpendidikan tinggi secara berterusan supaya menajdi insan yang sempurna.
  3. Mempunyai masyarakat celik IT yang kreatif dan mahir
  4. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung yang maju menarik, aman dan damai.

TAHAP PENDIDIKAN

Pendidikan Jumlah
Prasekolah & Tabika 4
Sekolah Rendah 26
Sekolah Menengah 28
Diploma 8
Ijazah 3
Master 1
PHD 1

PEKERJAAN

Pekerjaan Jumlah
Penjawat Kerjaan 31
Penjawat Swasta 26
Bekerja Sendiri 95
Tidak Bekerja 40